Tuesday, 22 September 2015

RAJA BERPERLEMBAGAAN

Maksud Raja Berperlembagaan:-


  • Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktirafkan Raja sebagai ketua negara dan  Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
    • Sistem Raja Berpelembagaan 
    • Sistem Demokrasi Berparlimen 
    • Sistem Persekutuan 
Konsep Raja Berperlembagaan

  • Sebagai Ketua Negara 
  • Bertindak sebagai  Ketua kepada tiga cabang kerajaan 
  • Dilantik 5 tahun sekali daripada kalangan 9 orang Raja-Raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja 
  •  
Peraturan Perlembagaan

  • boleh mempercepatkan juga perubahan giliran. 
    • Seseorang Raja / Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai YDPA. 
    • Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, menolak jawatan YDPA. 
    • Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba, didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Memerlukan undi sulit sekurang-kurangnya 5/9 undi MRR. 
Yang Dipertuan Agong
  • Diinstitusikan melalui Perlembagaan Persekutuan
  • Bertindak sebagai Ketua Utama Negara
  • Mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia & tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas rasmi baginda
  • Tetapi boleh didakwa dalam mahkamah Khas yag diperuntukan 
Bidang kuasa

  • Mengikut perlembagaan:
    • Melantik seorang Perdana Menteri
    • Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
    • Meminta supaya diadakan mensyuarat Raja-raja bagi membincangkan perkara berkenaan keistimewaan,kedudukan, kemulian dan kebesaran Raja-raja dan hal-hal lain yang tersedia dalam Perlembagaan
Kuasa Yang Dipertuan Agong:-

  1. Dalam Badan Pentadbiran
  2. Dalam Badan Perundangan
  3. Dalam Badan Kehakiman
  4. Budi Bicara
Dalam Bidang Pentadbiran/ Pelaksana (Eksekutif)

  • Kuasa Eksekutif (Pentadbiran) adalah terletak kepada YDPA (namun bertindak atas nasihat PM )
  •  Berhak mendapat apa- apa  maklumat pentadbiran daripada kabinet
  •  Mengistiharkan darurat dalam negara atau undang-undang tentera apabila keadaan memerlukannya

MELANTIK:

  • Yang  dipertua  negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak)
  •  Ketua Hakim negara
  • Anggota bagi semua suruhanjaya perkhidmatan
  • Perdana menteri
  • Menteri- menteri & timbalan menteri
  •  Peguam negara, ksn - (nasihat pm)
  •  Ketua audit negara -  (nasihat pm)
  •  Setiausaha dewan rakyat & dewan negara
  •  44 ahli dewan negara
Dalam Badan Perundangan (Legislatif)
  • Legislatif merupakan salah satu  komponen parlimen  (selain dewan rakyat & dewan negara)
  •  Ucapan perasmian dalam persidangan pertama majlis parlimen (tidak turut serta mendengar)
  • Kuasa panggil, tangguh & bubar parlimen
  • Memperkenalkan rang undang- undang yang telah diluluskan oleh parlimen (dalam masa 30 hari) sebelum sesuatu rang undang- undang boleh diwartakan sebagai undang- undang. (Warta kerajaan)
Dalam Badan Kehakiman (Judisiari)

  • Melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar & Hakim-Hakim bagi:
    • Mahkamah Persekutuan
    • Mahkamah Agong 
    • Mahkamah Rayuan
    • Mahkamah Tinggi (Nasihat Pm + Runding Mrr+ketua Hakim)
    • Mahkamah Sesyen (Nasihat Hakim Besar)
  •  Beri Pengampunan (Nasihat Jemaah Pengampunan) Atas Kesalahan Yang Dilakukan Di:
    • Mahkamah Awam Di Wilayah Persekutuan  (E:g Mahkamah Tinggi)
    • Mahkamah Tentera
    • Mahkamah Syariah Di Wilayah Persekutuan, P.Pinang, Melaka, Sabah,sarawak & Negeri Sendiri
Kuasa Budi Bicara
  • PERUNTUKAN PERKARA 40 (2)
    • Melantik Perdana Menteri/Jemaah  Menteri
    • Manerima Atau Menolak Pemerintahan Perdana Menteri Untuk Membubarkan Parlimen 
    • Memanggil Mensyuarat Majlis Raja-Raja Tentang Keistimewaan, Kedudukan, Kemuliaan Dan Kebesaran Raja-Raja
Pemilihan Ynag Dipertuan Agong
  • Yang Dipertuan Agong dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu.
  • Seseorang raja layak dipilih memegang jawatan kecuali:
    • Baginda masih remaja.
    • Baginda tidak mahu menjadi Yang Dipertuan Agong.
    • Gila atau keuzuran fizikal.
    • Ada sebab-sebab lain yang meyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan undi minimum 5 orang.




No comments:

Post a Comment