- Bermaksud satu kaedah bagi rakyat untuk mereka bagi memilih wakil mereka.
- Turut berperanan untuk mengesahkan mereka memegang kuasa.
- Merupakan satu bentuk komunikasi antara pemerintah dan yang diperintah.
- Pilihan Raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu 1948
- Pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama
- 27 julai 1995 – Pilihan raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu
- Antara parti yang mengambil bahagian:-
- Parti perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC
- Parti Negara pimpinan Datuk Onn - 33 orang
- Parti Islam Se-tanah melayu (PAS) – 11 orang
- Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,parti Kemajuan Perak. (Kemudian menjadi parti kemajuan rakyat),Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu .
- Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 42 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yangsebuah lagi dimenangi oleh pas
- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
- Mengekalkan pucuk pimpinan.
- Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
- Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.
- Meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen.
- Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan.
- Sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya.
- Ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
- Keanggotaan SPR:
- Dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.
- Berikutan pada tahun 1963, bilangan ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang
- Pada tahun1981 pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi perlantikan seorang Timbalan Pengerusi.
- Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
- Terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tiga orang ahli lain.
SYARAT KELAYAKAN AHLI SPR
- Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
- Seorang yang tidak muflis.
- Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
- Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
FUNGSI SPR
- Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
- Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilihan
- Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
- Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.
SISTEM PILIHAN RAYA
- Memperoleh majority kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undang Negeri.
- Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’
- Undang-undang Dan Peraturan Pilihan Raya
- Perlembagaan Persekutuan
- Perlembagaan Negeri
- Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
- Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
- Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
- Peraturan-peraturan ( Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
- Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003
Contoh Kawasan-kawasan Parlimen bagi Negeri Selangor dalam Pilihan Raya 2013
PENDAFTARAN PEMILIH
- Seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum mengundi dalam pilihan raya.
- Kelayakan mendaftar mengundi:
- Seorang warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
- Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
- Tidak hilang kelayakan
- Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya dirinya:
- Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
- Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
- Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
- Telah memperoleh kerakyatan asing
KELAYAKAN CALON
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negara ini.
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
- Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
- Hilang kelayakan sekiranya dirinya :
- Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
- Bankrap
- Memegang jawatan berkepentingan office of profit
- Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya,
- Sekiranya, didapati bersalah oleh mahkamah akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM 2, 000
- Telah memperoleh kewarganegaraan asing
PERMULAAN PILIHAN RAYA
- Diadakan sekali dalam tempoh lima tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.
- Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
- Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh:
- Kekosongan (tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR)
- Kematian
- Peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan.
PROSES PENAMAN CALON
- Satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
- Kertas penamaan calon:
- Dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.
- Dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan dan
- Akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi diteliti dan menerima bantahan.
- Hanya seorang calon sahaja yang dicadang.
- Pegawai Pengurus akan mengistiharkan calon itu menang tanpa bertanding
DEPOSIT DAN PENGGUNAAN SIMBOL
- Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeri perlu diserah kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon
- Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi
- Seseorang calon boleh menggunakan symbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
- Calon bebas perlu memilih mana-mana symbol yang telah disediakan.
- Kampen pilihan raya melibatkan:
- Pengedaran risalah dan surat
- Poster
- Ceramah tertutup dan umum
- Kempen dari rumah ke rumah
- Parti politik dibenarkan membentangkan dan menjelaskan manifesto masing-masing.
- Deposit akan dipulangkan sekiranya calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari seleps menggundi.
- Hari mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam
- Berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya .
- Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia .
- Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan memaklumkan kepada orang ramai.
- Tarikh mengundi
- Lokasi mengundi
- Waktu mengundi di semua lokasi
- Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
- Pengundian dilakukan ditempat yang telah diwartakan.
- Setiap tempat mempunyai seorang ketua dan akan dibantu oleh :-
- Kerani mengundi
- Kerani mengira undi
BARUNG SPR
- Parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya pondok terletak di luar jarak 50 meter dari pusat menggundi.
- SPR akan mendirikan barung SPR di pusat menggundi
- Tujuan barung adalah untuk membantu pemilih menyemak no siri mereka dalam daftar pemilih dan saluran.
KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI
- Hanya pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja.
- Kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negera diguna sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukan.
- Pegawai yang dibenarkan masuk tempat mengundi:
- Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
- Ketua Tempat Mengundi dan kakitangan
- Calon-calon dan wakil calon
- Ejen-ejen menggundi dan ejen mengira undi
- Mereka yang dibenarkan oleh SPR
- Dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih.
- Pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi
- Kemudian, masukkan ke dalam peti undi yang disediakan
- Jika diadakan pilihan raya serentak, (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) mestilah ditandakan, dilipatkan, dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan ‘PARLIMEN’ dan ‘ NEGERI ’
- Dihantar seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak .
- Kertas undi perlu sampai selewat lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi .
- Prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi
- Dihantar seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak.
- Kertas undi perlu sampai selewat lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi.
- Prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.
- Dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi
- Undi pos dikira oleh Pegawai Pengurus di tempat yang ditetapkan
- Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi berjalan mengikut proses yang betul, adil dan telus.
- Selesai pengiraan undi, keputusan akan dekemukakan kepada Pegawai Pengurus dipusat penjumlahan undi dan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majorit sebagai wakil yang terpilih.
PETISYEN PILIHAN RAYA
- Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
- Ketidakpatuhan undang – undang dan praturan pilihan raya oleh mana mana pihak
- Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang – undang yang dilakukan oleh calon dan ejen – ejen
- Calon atau ejen – ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
- Mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan
- Sekiranya hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal maka SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya yang baharu.
- Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tapi tidak boleh melebihi:-
- RM 200, 000 bagi Dewan Rakyat
- RM 100, 000 bagi Dewan Undangan Negeri
- Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam warta.
- Kegagalan untuk megemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakandalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah akta kesalahan Piliihan Raya 1954.
- Pilihan Raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
- Peti-peti khas ini akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.
- Pengarah Pilihan Raya negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga counter foils kertas undi.
- Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes – kes petisyen.
- Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen dokumen berkenaan.
- Kemudian, Pegawai Pengurus akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilhan Raya Negeri .
VIDEO PROSES MENGUNDI
PENAMBAHBAIKAN PRU-13
No comments:
Post a Comment