Tuesday, 22 September 2015

DEMOKRASI BERPARLIMEN

  • Maksud Demokrasi :- 
    • Suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. 
  • Maksud Demokrasi Berparlimen:-
    • Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
    • Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara dan raja menjadi lambang taat setia rakyat.
    • Dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
    • Erti kata lain demokrasi berparlimen bermaksud “ Kerajaan Rakyat ” 
  • Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
    • Raja Berperlembagaan
    • Parti-parti Politik
    • Parlimen
    • Pilihan Raya
    • Kebebasan Asasi
    • Kuasa Pemerintahan
  • Faedah daripada Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia:-
    • Kestabilan dan kemampatan politik.
    • Berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.
    • Menggalakan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan
    • Menggalakan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara.
    • Menitikberatkan pelajaran dan pendidikan.
    • Kemudahan yang diberi oleh kerajaan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat.

    No comments:

    Post a Comment