Tuesday, 22 September 2015

DEMOKRASI BERPARLIMEN

  • Maksud Demokrasi :- 
    • Suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. 
  • Maksud Demokrasi Berparlimen:-
    • Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
    • Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara dan raja menjadi lambang taat setia rakyat.
    • Dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
    • Erti kata lain demokrasi berparlimen bermaksud “ Kerajaan Rakyat ” 
  • Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
    • Raja Berperlembagaan
    • Parti-parti Politik
    • Parlimen
    • Pilihan Raya
    • Kebebasan Asasi
    • Kuasa Pemerintahan
  • Faedah daripada Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia:-
    • Kestabilan dan kemampatan politik.
    • Berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.
    • Menggalakan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan
    • Menggalakan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara.
    • Menitikberatkan pelajaran dan pendidikan.
    • Kemudahan yang diberi oleh kerajaan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat.

    RAJA BERPERLEMBAGAAN

    Maksud Raja Berperlembagaan:-


    • Kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktirafkan Raja sebagai ketua negara dan  Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
      • Sistem Raja Berpelembagaan 
      • Sistem Demokrasi Berparlimen 
      • Sistem Persekutuan 
    Konsep Raja Berperlembagaan

    • Sebagai Ketua Negara 
    • Bertindak sebagai  Ketua kepada tiga cabang kerajaan 
    • Dilantik 5 tahun sekali daripada kalangan 9 orang Raja-Raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja 
    •  
    Peraturan Perlembagaan

    • boleh mempercepatkan juga perubahan giliran. 
      • Seseorang Raja / Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai YDPA. 
      • Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, menolak jawatan YDPA. 
      • Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba, didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Memerlukan undi sulit sekurang-kurangnya 5/9 undi MRR. 
    Yang Dipertuan Agong
    • Diinstitusikan melalui Perlembagaan Persekutuan
    • Bertindak sebagai Ketua Utama Negara
    • Mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia & tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas rasmi baginda
    • Tetapi boleh didakwa dalam mahkamah Khas yag diperuntukan 
    Bidang kuasa

    • Mengikut perlembagaan:
      • Melantik seorang Perdana Menteri
      • Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
      • Meminta supaya diadakan mensyuarat Raja-raja bagi membincangkan perkara berkenaan keistimewaan,kedudukan, kemulian dan kebesaran Raja-raja dan hal-hal lain yang tersedia dalam Perlembagaan
    Kuasa Yang Dipertuan Agong:-

    1. Dalam Badan Pentadbiran
    2. Dalam Badan Perundangan
    3. Dalam Badan Kehakiman
    4. Budi Bicara
    Dalam Bidang Pentadbiran/ Pelaksana (Eksekutif)

    • Kuasa Eksekutif (Pentadbiran) adalah terletak kepada YDPA (namun bertindak atas nasihat PM )
    •  Berhak mendapat apa- apa  maklumat pentadbiran daripada kabinet
    •  Mengistiharkan darurat dalam negara atau undang-undang tentera apabila keadaan memerlukannya

    MELANTIK:

    • Yang  dipertua  negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak)
    •  Ketua Hakim negara
    • Anggota bagi semua suruhanjaya perkhidmatan
    • Perdana menteri
    • Menteri- menteri & timbalan menteri
    •  Peguam negara, ksn - (nasihat pm)
    •  Ketua audit negara -  (nasihat pm)
    •  Setiausaha dewan rakyat & dewan negara
    •  44 ahli dewan negara
    Dalam Badan Perundangan (Legislatif)
    • Legislatif merupakan salah satu  komponen parlimen  (selain dewan rakyat & dewan negara)
    •  Ucapan perasmian dalam persidangan pertama majlis parlimen (tidak turut serta mendengar)
    • Kuasa panggil, tangguh & bubar parlimen
    • Memperkenalkan rang undang- undang yang telah diluluskan oleh parlimen (dalam masa 30 hari) sebelum sesuatu rang undang- undang boleh diwartakan sebagai undang- undang. (Warta kerajaan)
    Dalam Badan Kehakiman (Judisiari)

    • Melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar & Hakim-Hakim bagi:
      • Mahkamah Persekutuan
      • Mahkamah Agong 
      • Mahkamah Rayuan
      • Mahkamah Tinggi (Nasihat Pm + Runding Mrr+ketua Hakim)
      • Mahkamah Sesyen (Nasihat Hakim Besar)
    •  Beri Pengampunan (Nasihat Jemaah Pengampunan) Atas Kesalahan Yang Dilakukan Di:
      • Mahkamah Awam Di Wilayah Persekutuan  (E:g Mahkamah Tinggi)
      • Mahkamah Tentera
      • Mahkamah Syariah Di Wilayah Persekutuan, P.Pinang, Melaka, Sabah,sarawak & Negeri Sendiri
    Kuasa Budi Bicara
    • PERUNTUKAN PERKARA 40 (2)
      • Melantik Perdana Menteri/Jemaah  Menteri
      • Manerima Atau Menolak Pemerintahan Perdana Menteri Untuk Membubarkan Parlimen 
      • Memanggil Mensyuarat Majlis Raja-Raja Tentang Keistimewaan, Kedudukan, Kemuliaan Dan Kebesaran Raja-Raja
    Pemilihan Ynag Dipertuan Agong
    • Yang Dipertuan Agong dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu.
    • Seseorang raja layak dipilih memegang jawatan kecuali:
      • Baginda masih remaja.
      • Baginda tidak mahu menjadi Yang Dipertuan Agong.
      • Gila atau keuzuran fizikal.
      • Ada sebab-sebab lain yang meyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan undi minimum 5 orang.




    MAJLIS RAJA RAJA

    MAJLIS RAJA-RAJA

    Ditubuhkan secara formal pada tahun 1948
    Tujuan penubuhan:

    • Memperjuangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan dihapuskan oleh British

    Dianggotai oleh:
    • Raja-raja/Sultan dari 9 buah negeri.
    • Yang Dipertuan Agong Negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak.
    Persidangan Majlis Raja-Raja diadakan 3 atau 4 kali setahun.
    Setiap persidangan mengambil masa 3 hari.

    PERANAN MAJLIS RAJA-RAJA
    1. Memilih atau memecat Yang Dipertuan Agong & Timbalan Yang Dipertuan Agong.
    2. Mempersetujui atau tidak mempersetujui amalan dan upacara keagamaan yang meliputi seluruh Persekutuan.
    3. Mempersetujui atau tidak mempersetujui undang-undang.
    4. Memberi nasihat mengenai perlantikan yang menurut perlembagaan serta memerlukan persetujuan selepas berunding.
    5. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas.
    6. Memberi pengampuana, menangguhkan atau merigankan hukuman - hukuman.
    7. Menimbangkan soal-soal mengenai dasar Negara.
    8. Memelihara hak-hak keistimewaan orang Melayu & Kaum Bumiputra Sabah & Sarawak (Satu badan khas)
    9. Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.
    10. Memikirkan tentang polisi atau dasar negara dan apa-apa yang difikirkan patut untuk pembangunan negara
    KUASA DUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA
    • Memberi nasihat tentang apa-apa perlantikan
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh hak keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan kebesaran Raja-raja.
    • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
    RUNDINGAN MAJLIS RAJA-RAJA


    MRR perlu dirunding untuk lantikan berikut sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat PM:
    • Perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi
    • Perlantikan Ketua Audit Negara
    • Perlantikan ahli dari berbagai-bagai Suruhanjaya Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan Suruhanjaya Bebas

    PILIHAN RAYA

    PILIHAN RAYA

    • Bermaksud satu kaedah bagi rakyat untuk mereka bagi memilih wakil mereka.
    • Turut berperanan untuk mengesahkan mereka memegang kuasa.
    • Merupakan satu bentuk komunikasi antara pemerintah dan yang diperintah.
    PILIHAN RAYA MALAYSIA
    • Pilihan Raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu 1948
    • Pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama
    • 27 julai 1995 – Pilihan raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu
    • Antara parti yang mengambil bahagian:-
      • Parti perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC 
      • Parti Negara pimpinan Datuk Onn - 33 orang
      • Parti Islam Se-tanah melayu (PAS) – 11 orang
      • Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,parti Kemajuan Perak. (Kemudian menjadi parti kemajuan rakyat),Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu .
      • Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 42 buah kerusi yang  dipertandingkan. Kerusi yangsebuah lagi dimenangi oleh pas
     FUNGSI PILIHAN RAYA
    • Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
    • Mengekalkan pucuk pimpinan.
    • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
    • Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.
    • Meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen.
    • Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan.
    SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

    • Sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya.
    • Ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
    • Keanggotaan SPR:
      • Dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.
      • Berikutan pada tahun 1963, bilangan ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang
      • Pada tahun1981 pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi perlantikan seorang Timbalan Pengerusi.
      • Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
      • Terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tiga orang ahli lain. 
    SYARAT KELAYAKAN AHLI SPR  
    • Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
    • Seorang yang tidak muflis.
    • Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
    • Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
    FUNGSI SPR
    • Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
    • Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilihan
    • Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
    • Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.
    SISTEM PILIHAN RAYA
    • Memperoleh majority kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undang Negeri. 
    • Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘First-Past-The-Post-System’
    • Undang-undang Dan Peraturan Pilihan Raya
      • Perlembagaan Persekutuan 
      • Perlembagaan Negeri 
      • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
      • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
      • Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
      • Peraturan-peraturan ( Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
      • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003
    Contoh Kawasan-kawasan Parlimen bagi Negeri Selangor dalam Pilihan Raya 2013
    PENDAFTARAN PEMILIH
    • Seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum mengundi dalam pilihan raya.
    • Kelayakan mendaftar mengundi:
      • Seorang warganegara Malaysia.
      • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
      • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
      • Tidak hilang kelayakan
    HILANG KELAYAKAN PEMILIHAN
    • Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya dirinya:
    • Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
    • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
    • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
    • Telah memperoleh kerakyatan asing
    KELAYAKAN CALON 
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negara ini. 
    • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon. 
    • Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding. 
    • Hilang kelayakan sekiranya dirinya : 
      • Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman 
      • Bankrap 
      • Memegang jawatan berkepentingan office of profit 
      • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya, 
      • Sekiranya, didapati bersalah oleh mahkamah akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM 2, 000 
      • Telah memperoleh kewarganegaraan asing 
    PERMULAAN PILIHAN RAYA
    • Diadakan sekali dalam tempoh lima tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.
    • Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
    • Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh:
      • Kekosongan (tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR)
      • Kematian 
      • Peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan.
    PROSES PENAMAN CALON
    • Satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
    • Kertas penamaan calon:
      • Dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.
      • Dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan dan 
      • Akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi diteliti dan menerima bantahan.
      • Hanya seorang calon sahaja yang dicadang.
      • Pegawai Pengurus akan mengistiharkan calon itu menang tanpa bertanding
    DEPOSIT DAN PENGGUNAAN SIMBOL
    • Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeri perlu diserah kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon
    • Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi
    PENGGUNAAN SIMBOL
    • Seseorang calon boleh menggunakan symbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
    • Calon bebas perlu memilih mana-mana symbol yang telah disediakan.
    KEMPEN
    • Kampen pilihan raya melibatkan:
      • Pengedaran risalah dan surat
      • Poster
      • Ceramah tertutup dan umum
      • Kempen dari rumah ke rumah
    • Parti politik dibenarkan membentangkan dan menjelaskan manifesto masing-masing.
    • Deposit akan dipulangkan sekiranya  calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari seleps menggundi.
    HARI MENGUNDI
    • Hari mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam 
    • Berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya . 
    • Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia .
    • Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan memaklumkan kepada orang ramai. 
      • Tarikh mengundi 
      • Lokasi mengundi
      • Waktu mengundi di semua lokasi
      • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
    • Pengundian dilakukan ditempat yang telah diwartakan. 
    • Setiap tempat mempunyai seorang ketua dan akan dibantu oleh :-
      • Kerani mengundi 
      • Kerani mengira undi 
    BARUNG SPR
    • Parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya pondok terletak di luar jarak 50 meter dari pusat menggundi.
    • SPR akan mendirikan barung SPR di pusat menggundi
    • Tujuan barung adalah untuk membantu pemilih menyemak no siri mereka dalam daftar pemilih dan saluran.
    KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI
    • Hanya pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja.
    • Kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negera diguna sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukan.
    • Pegawai yang dibenarkan masuk tempat mengundi:
      • Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
      • Ketua Tempat Mengundi dan kakitangan
      • Calon-calon dan wakil calon 
      • Ejen-ejen menggundi dan ejen mengira undi
      • Mereka yang dibenarkan oleh SPR
    CARA-CARA MENGUNDI

    • Dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. 
    • Pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi
    • Kemudian, masukkan ke dalam peti undi yang disediakan
    • Jika diadakan pilihan raya serentak, (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) mestilah ditandakan, dilipatkan, dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan ‘PARLIMEN’ dan ‘ NEGERI ’
    • Dihantar seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak . 
    • Kertas undi perlu sampai selewat lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi . 
    • Prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi 
    UNDI POS
    • Dihantar seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak. 
    • Kertas undi perlu sampai selewat lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. 
    • Prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.
    PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI
    • Dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi
    • Undi pos dikira oleh Pegawai Pengurus di tempat yang ditetapkan
    • Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi berjalan mengikut proses yang betul, adil dan telus.
    • Selesai pengiraan undi, keputusan akan dekemukakan kepada Pegawai Pengurus dipusat penjumlahan undi dan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majorit sebagai wakil yang terpilih.
    PETISYEN PILIHAN RAYA
    • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya. 
    • Ketidakpatuhan undang – undang dan praturan pilihan raya oleh mana mana pihak 
    • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang – undang yang dilakukan oleh calon dan ejen – ejen 
    • Calon atau ejen – ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya 
    • Mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan 
    • Sekiranya hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal maka SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya yang baharu.
    PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
    • Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tapi tidak boleh melebihi:-
      • RM 200, 000 bagi Dewan Rakyat 
      • RM 100, 000 bagi Dewan Undangan Negeri
    • Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam warta. 
    • Kegagalan untuk megemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakandalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah akta kesalahan Piliihan Raya 1954.
    PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
    • Pilihan Raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 
    • Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. 
    • Peti-peti khas ini akan disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.
    • Pengarah Pilihan Raya negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga counter foils kertas undi. 
    • Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes – kes petisyen. 
    • Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus (selepas mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen dokumen berkenaan. 
    • Kemudian, Pegawai Pengurus akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilhan Raya Negeri .

       VIDEO PROSES MENGUNDI





    PENAMBAHBAIKAN PRU-13



    KESIMPULAN

    KESIMPULAN


    • Pengamalan sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat.
    • Sistem pemerintahan dapat mewujudkan suasana politik yang stabil, aman dan makmur.
    • Kewujudan seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di Malaysia.
    • setiap individu akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara.
    • setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud.

    AHLI KUMPULAN

    DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA
    NAMA AHLI KUMPULAN:
    THURGA A/P CHANDRASEKARAN
    NAJIAH BINTI MOHD SHUKRI 
    NUR AMIRAH BINTI HAMDI
    LEENA A/P MANOKARAN


    PENGAJARAN

    PENGAJARAN 
    • Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
    • Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
    • Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain
    • Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktiraf kedaulatan rakyat melalui sistem pilihan raya
    KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA
    • Kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara
    • Malaysia telah terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur
    • Kestabilan politik hasil kestabilan sistem pemerintahan menyebabkan Malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan yang terkenal pada masa kini
    RENUNGAN UNTUK GENERASI BARU
    • Setiap warganegara perlu mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pemerintahan negara.
    • Kita perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat.

    RUJUKAN

    RUJUKAN 

    • Kami mengunakan sumber yang telah dibekalkan kepada kami iaitu Buku Pengajian Malaysia ' Edisi Kelima ' Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin 
    • Kami juga mengunakan kemahiran media sosial untuk memdapatkan maklumat yang terkini dan tepat.
    • Selain itu , kami juga mendapatkan maklumat tambahan daripada pensyarah pensyarah, ahli keluarga dan juga rakan rakan. 
    • Akhirnya, kami mengunakan konsep pekongsian ilmu, pengalaman antara ahli kumpulan kami yang mungkin pernah melihat, merasa atau melaluinya sendiri  . 

    SOALAN ' SPOT '

    SOALAN

    1. Berikan empat fungsi Pilihan Raya diadakan ?

    2. Apakah syarat kelayakan ahli SPR ? 

    3. Apakah bermaksud dengan First Past The Post System ?

    4. Tahap umur seseorang yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat ?

    5. Pilihan Raya di malaysia dapat dibahagikan kepada dua jenis ?

    6. Berikan tiga kuasa budi bicara Majlis Raja - Raja ?

    7. Apakah ciri sebuah Kerajaan Demokrasi ?

    8. Senaraikan 3 pegawai yang dibenarkan memasuki tempat mengundi ?

    9. Perkara yang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi ialah ?

    10. Ahli - ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh _________ ? 

    JAWAPAN

    JAWAPAN

    1. * Menubuhkan sebuah Kerajaan Demokrasi . 
        * Mengekalkan pucuk kepimpinan . 
        * Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan . 
        * Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam satu organisasi dan komuniti politik . 

    2. * Berumur tidak lebih daripada 65 tahun .
        * Seorang yang tidak muflis . 
        * Tidak memegang jawatan berjanji yang lain . 
        * Bukan mana - mana ahli politik dari mana - mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

    3. * Calon - calon yang memperoleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan . 

    4. * Berumur 21 tahun ke atas 

    5. * Pilihan Raya Umum (PRU)
        * Pilihan Raya Kecil (PRK)

    6. * Memilih YDPA dan Timbalan YDPA 
        * Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa - apa perkara berkaita agama islam . 
        * Memperkenan atau tidak memperkenankan apa - apa undang berkaitan dengan hak istimewa orang melayu . 

    7. * Pembahagian kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman 
        * Pilihan Raya 
        * Rakyat menentukan Kerajaan 
        * Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan 

    8. * Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan raya 
        * Ketua tempat mengundi dan kakitangannya 
        * Calon - caln dan wakil calon 
        * Ejen - ejen mengundi dan ejen mengira undi 

    9. * Rakyat merupakan perkara yang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi . 

    10. * Ahli - ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Di-Petuan Agong .